Apa Itu Takaful




Perlindungan Takaful merupakan produk berasaskan Islamik yang diwujudkan bagi menggantikan Perlindungan Insurans Konvensional.

Takaful pada tafsiran Syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Ia diwujudkan sebagai satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu-membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan serta perlindungan. Dalam erti kata lain, sebilangan individu menyumbang secara bersama bagi mengumpulkan satu dana untuk membantu individu-individu dalam kalangan pemberi sumbangan tersebut dari segi bebanan kewangan, perlindungan dan manfaat-manfaat lain akibat risiko tertentu.

No comments:

Post a Comment